AKADEMI PIMPIN

PENGENALAN

PENGENALAN

Akademi PIMPIN merupakan satu inisiatif perdana PIMPIN yang telah ditubuhkan pada bulan September 2018 bertujuan untuk mengumpulkan bakat-bakat dalam kalangan alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM di seluruh Malaysia yang berkemahiran dan mempunyai syarikat khusus dalam bidang latihan dan perundingan (training and consultancy) serta mempunyai semangat serta dorongan yang tinggi untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki agar dapat menyumbang kembali kepada universiti, komuniti dan masyarakat umum.  

MATLAMAT AKADEMI PIMPIN

  1. Mengumpulkan barisan jurulatih, pakar motivasi, perunding, fasilitator, guru, sifu dan seangkatan dengannya dalam kalangan alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM seluruh Malaysia khusus dalam industri Latihan & Perundingan.

  2. Menyuburkan pembudayaan ilmu melalui aktiviti latihan/seminar/kursus/perkongsian/akraditasi.

  3. Memantapkan penjenamaan jaringan profesionalisme dan ukhuwah alumni MPP UiTM dalam pelbagai bidang kepakaran dan profesionalisme.

  4. Memacu kerjasama syarikat alumni MPP dan syarikat dari industri latihan dan perundingan.

  5. Menyumbang kepada peningkatan modal insan invididu, komuniti, masyarakat dan negara.

RAKAN STRATEGIK, RAKAN KERJASAMA & SEKTOR SASARAN

KEMUDAHAN DI UTC SELANGOR

Fasiliti yang terdapat di Pejabat Satelit PIMPIN di UTC Selangor termasuk:

  • Kaunter pertanyaan

  • Kaunter Insurans Nadi Risk Group Sdn. Bhd. (Rakan Strategik PIMPIN)

  • Dewan Seminar berkapasiti 40 orang - susunan kelas

  • Bilik Mesyuarat berkapasiti 10 orang - susunan mesyuarat

  • Pantri

  • Ruang Kerja untuk 8 orang staff

  • Bilik Pegawai 2 orang

  • Bilik Stor

Di aras yang sama, turut terdapat kemudahan Surau dan Tandas bagi lelaki dan wanita, selain mempunyai pelbagai agensi-agensi kerajaan untuk perkhidmatan kepada Rakyat seperti:  Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, Jabatan Imigresen , LHDN, PTPTN, Klinik Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jobs Malaysia dan pelbagai lagi.

KEMUDAHAN DI RUMAH ALUMNI

Fasiliti yang terdapat di Pejabat PIMPIN di Rumah Alumni termasuk:

  • Ruang Tamu

  • Ruang BBQ

  • Ruang Mesyuarat - susunan kelas / mesyuarat

  • Ruang Pejabat

  • Bilik Stor

  • Tandas 

Rumah Alumni boleh digunakan dari semasa ke semasa untuk sebarang aktiviti Alumni MPP UiTM.

LAIN-LAIN KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang turut disediakan Akademi PIMPIN termasuk:

  • Projektor

  • Speaker & Microphone

  • Whiteboard & Flip Chart

  • Flip Chart Paper & A4 Paper

  • Whiteboard Marker & Eraser

  • Plug Extension

  • Wi-Fi

Selain itu, pengguna yang terdiri dari Rakan Startegik / Rakan Kerjasama PIMPIN juga boleh mendapatkan merchandise PIMPIN yang berbentuk:

  • Buku Nota PIMPIN

  • Pen PIMPIN

1/1

Saya alumni MPP UiTM dan saya berminat untuk mendaftarkan diri sebagai Jurulatih dan Perunding (Trainer & Consultant) PIMPIN.

Saya / Syarikat saya ingin menjalankan program kerjasama bersama Akademi PIMPIN.

Saya ingin mengatur temujanji bersama Akademi PIMPIN.

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • youtube
  • generic-social-link

©2018 PIMPIN