KOMUNITI, KEBAJIKAN & KESUKARELAWANAN

PROGRAM & INISIATIF

NADI 18

PIMPIN turut menyediakan platform untuk alumni MPPUiTM seMalaysia menyumbang balik kepada komuniti dan masyarakat.  Apa sahaja aktiviti kesukarelawanan dan rekreasi menjadi tunjang utama jabatan ini.

Falsafah NADi18:
Kesatuan hati dalam membina negara


Prinsip NADi18 :
Berlandaskan lapan Pengikat utama iaitu
Kesetiaan
Kesederhanaan
Kerendahan hati
Kebersamaan
Setiakawan
Sukarela
Saling membantu
Muafakat


Teras NADi18 :
Usaha Taqwa Mulia

WAQAF WHEELCHAIR FOR NEEDY (WW4N)

Waqaf Wheelchair For Needy (WW4N)

Projek Waqaf Wheelchair for Needy (WW4N) ini merupakan projek komuniti usahasama strategik antara Ideal Pharmacare (IPC) bersama PIMPIN.  

 

Objektif projek ini dijalankan adalah untuk:

1.   Membekalkan lebih banyak kerusi roda  kepada awam dan swasta yang memerlukan. 

2. Menjadi "focus point" untuk sesiapa yang memerlukan kerusi roda (dan layak) untuk mendapatkannya dari PIMPIN

3. Memberi peluang kepada lebih ramai individu dan korporat dalam aktiviti berWAKAF.

4.  Memberi skop yang lebih luas kepada penderma dan individu yang berniat untuk berwakaf selain kepada tahfiz dan anak yatim.

5.  Menjadi salah satu dari aktiviti bersifat Keusahawanan Sosial untuk portfolio Jaringan Komuniti & Antarabangsa.

Saya berminat untuk mengetahui lebih mengenai Waqaf Wheelchair For Needy (WW4N) dan ingin turut memberi waqaf.

KASIH NADI 18:  FREE FOOD & DRINKS

Nadi 18:  FreeFood & Drinks

Projek KASIH NADI 18:  Free Food & Drinks ini merupakan inisiatif PIMPIN dalam membantu mahasiswa dalam mendapatkan makanan dan minuman yang asas dan ringan.  Projek ini telah dilaksanakan secara berkala selama setahun lebih bermula 2016 sepanjang keberadaan mahasiswa UiTM Shah Alam. 

 

Antara lokasi Free Food & Drinks adalah Pusat Sukan, Pusat Kesihatan dan Bangunan Budisiswa.  Mudah-mudahan hasrat murni ini dapat diteruskan lagi pada setiap masa demi kebajikan mahasiswa UiTM.

Saya berminat untuk menyumbang Free Food & Drinks.

MISI SUKARELAWAN PASCA BANJIR

Misi Sukarelawan Pasca Banjir yang pertama seumpamanya dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) telah dijalankan pada akhir tahun 2017.  PIMPIN berhasrat untuk mengembangkan gerakan sukarelawan pasca banjir agar dapat sentiasa bersedia dengan keperluan ke arah misi dan sepanjang misi berlangsung. 

Saya berminat untuk menjadi sebahagian daripada Sukarelawan Pasca Banjir PIMPIN.  Tuan / Puan boleh menghubungi Encik Mohd Affifi Mohd Aris, Naib Presiden, Komuniti, Kebajikan & Kesukarelawanan di talian 019-4477190 atau Hotline PIMPIN di talian 0194544246 untuk maklumat lanjut.

NADI 18: BACK TO NATURE

Program ini berkonsepkan santai melalui aktiviti riadah dan rekreasi bersama alumni MPPUiTM se-Malaysia dalam usaha berterusan dmei mengeratkan ukhuwah silaturrahim.

Antara aktiviti yang sering dianjurkan adalah mendaki bukit atau gunung dan pelbagai lagi riadah dalaman seperti boling.  Cadangan untuk menganjurkan program rekreasi adalah amat dialu-alukan.

Saya berminat untuk mengikuti aktiviti santai PIMPIN. Tekan butang berikut atau Tuan / Puan boleh hubungi Hotline PIMPIN di talian 0194544246 untuk maklumat lanjut.

KEMBARA NUR RAMADHAN

Kembara Nur Ramadhan ini dijalankan setiap tahun pada bulan Ramadhan Al-Kareem.  Konsep Kembara Nur Ramadhan oleh PIMPIN ini adalah para sukarelawan PIMPIN berkunjung ke rumah orang-orang tua, anak-anak yatim dan orang miskin serta menyampaikan sumbangan orang ramai kepada semua penerima.  Program ini menjadi program utama PIMPIN dan PIMPIN tidak terlepas dalam menjayakannya buat kali ke 7 penganjurannya pada tahun 2017.

Berhasrat untuk menjadi sukarelawan Kembara Nur Ramadhan?

Tuan / Puan boleh menghubungi Encik Mohd Affifi Mohd Aris, Naib Presiden, Komuniti, Kebajikan & Kesukarelawanan di talian 019-4477190 atau Hotline PIMPIN di talian 0194544246 untuk maklumat lanjut.

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • youtube
  • generic-social-link

©2018 PIMPIN