
PEMBANGUNAN KEPIMPINAN
PROGRAM & INISIATIF

Pilihanraya Kampus UiTM

Presidents' Circle

Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS)

Pilihanraya Kampus UiTM
PEMBANGUNAN KEPIMPINAN

Dalam usaha PIMPIN untuk menjadi sebuah organisasi berteraskan kepimpinan yang membentuk kerangka kepimpinan negara menjelang 2020, PIMPIN berperanan dalam menggilap dan memperkasa bakat kepimpinan Alumni MPP UiTM sepanjang masa.
Engagement yang berterusan oleh PIMPIN bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (MPPUiTM) semasa diwujudkan dan dipelihara agar menjamin kelangsungan kepimpinan sedari dalam universiti lagi.

PRESIDENTS' CIRCLE

Program Presidents' Circle ini merupakan satu platform khusus bagi kepimpinan tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM setiap kampus untuk mengasah bakat kepimpinan yang ada dan menambah lagi input-input berguna untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang agar dapat membimbing kumpulan mereka di kampus untuk lebih berdedikasi dan berdaya saing.
Objektif utama Presidents' Circle:
a) Menyediakan platform untuk para pemimpin mahasiswa setiap kampus bertukar-tukar buah fikiran dan berkongsi idea untuk direalisasikan mengikut acuan kampus masing-masing.
b) Memberikan ruang dan pengalaman bagi setiap pemimpin mahasiswa untuk mengasah skil kepimpinan yang sedia ada.
c) Memberi nilai tambah kepada para pemimpin mahasiswa untuk berhadapan dengan media sama ada media elektronik, cetak mahupun media sosial.
d) Memberi pendedahan kepada pemimpin mahasiswa tentang isu-isu semasa dalam negara dan luar negara serta peranan dan respon yang boleh diberikan.
e) Menjadi platform interaksi dan perkongsian minda pemimpin mahasiswa dan juga pemimpin negara serta alumni yang berada di industri serta kerjaya masing-masing