top of page

PERHUBUNGAN ALUMNI

PROGRAM & INISIATIF

PIMPIN FC

PIMPIN FC

Penubuhan Pasukan Bola Sepak PIMPIN FC ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menguatkan lagi semangat kekitaan dan ukhwah diantara Majlis Perwakilan Pelajar UiTM serta sesama Alumni MPP UiTM seluruh Malaysia.  Penubuhan kelab bola sepak ini juga berpotensi membawa jaringan luar gelanggang yang lebih luas melalui perlawanan persahabatan yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

Saya berminat untuk menyertai pasukan bola sepak PIMPIN FC.

TAKAFUL KEMALANGAN BERKELOMPOK

Takaful Kemalangan Berkelompok PIMPIN

Sebagai Alumni MPP UiTM, PIMPIN mengorak langkah lebih jauh dalam memastikan manfaat kepada ahli berdaftar Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia (PIMPIN) terus terjamin. 

 

Sehubungan dengan itu, PIMPIN telah melanggan Takaful Kemalangan Berkelompok untuk setiap ahli berdaftar PIMPIN dengan perlindungan maksimum sehingga RM23,000.  Untuk dapatkan keahlian, daftar segera keahlian anda bersama PIMPIN.  Mudah-mudahan perlindungan ini memberi manfaat buat anda sebagai alumni MPP UiTM.

Untuk Ahli Berdaftar, urusan tuntutan takaful boleh berurusan secara terus dengan En. Abang Mohd Hafizie Abang Bunsu, Naib Presiden Perhubungan Alumni di talian 017-8211891.

Saya ingin mendapat perlindungan Takaful Kemalangan Berkelompok oleh Takaful Malaysia. 

ARKIB PIMPIN

Arkib PIMPIN merupakan inisiatif berterusan PIMPIN selari dengan Falsafah, Visi, Misi dan Objektif PIMPIN sebagai satu-satunya persatuan dalam Malaysia yang mengumpul sejumlah 3200 lebih alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM seluruh Malaysia . Usaha ini digerakkan oleh Jabatan Perhubungan Alumni dengan kerjasama Jabatan Setiausaha dan Majlis Perhubungan Negeri.

Antara elemen-elemen yang akan diarkibkan adalah:

a)  Rekod Majlis Perwakilan Pelajar UiTM seluruh Malaysia bermula 2001 - kini

b)  Poster Majlis Perwakilan Pelajar UiTM seluruh Malaysia bermula 2001 - kini

Mudah-mudahan dengan inisiatif Perdana ini melahirkan rasa kesatuan dan kekitaan dalam kalangan Alumni MPPUiTM seluruh Malaysia. 

Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk mengemaskini maklumat atau berkongsi poster Alumni MPP UiTM Sesi Tuan/Puan bersama kami, Hotline PIMPIN bernombor 0194544246 sedia dihubungi di aplikasi Whatsapp atau panggilan.

IKON PIMPIN

Persatuan Alumni MPP UiTM Se-Malaysia (PIMPIN) amat berbangga dengan pencapaian dan kejayaan sekian banyaknya diraih oleh Alumni MPPUiTM sejak dahulu lagi. Sebagai tanda penghargaan, PIMPIN kini melancarkan inisiatif IKON PIMPIN dalam usaha menguar-uarkan penglibatan dan kejayaan Alumni MPP UiTM dalam pelbagai bidang.

Seorang alumni akan diperkenalkan sebagai IKON ALUMNI PIMPIN setiap minggu bagi berkongsi kejayaan mereka kepada semua Alumni yang boleh dijadikan aspirasi buat kita semua — Kerjaya, Keusahawanan, Kerja Sosial dan Pelbagai lagi bidang. Inilah jaringan kita bersama untuk diraikan. 

#IKONPIMPIN
#IKONALUMNIMPPUITM
#kitakanalumnimppuitm
#PIMPINUiTM
#KepimpinanJaringanProfesional

Sekiranya anda mempunyai cadangan IKON PIMPIN, sila kongsikan maklumat bersama Encik Abang Mohd Hafizie Abang Bunsu (Naib Presiden Perhubungan Alumni) di talian 017-8211891.

bottom of page