Mengenai Kami

Falsafah, Visi, Misi dan Objektif PIMPIN

Ketahui teras perjuangan dan matlamat yang memacu Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia ke arah kecemerlangan.

Falsafah

Bahawa pembinaan sebuah negara maju pada masa hadapan perlu didukung oleh legasi kepimpinan negara yang meletakkan ilmu dan pengetahuan sebagai sumber kemajuan berlandaskan tiga komponen utama iaitu Kepimpinan, Jaringan dan Profesional yang merupakan aset PIMPIN sebagai sebuah organisasi.

Visi

Menjadi sebuah organisasi berteraskan kepimpinan yang membentuk kerangka kepimpinan negara.

Misi PIMPIN

Memperkasa dan melestari bakat KEPIMPINAN ahli untuk menjadi barisan kepimpinan negara dalam pelbagai bidang.

Memperluas dan memperkukuh JARINGAN strategik di antara ahli dan masyarakat.

Menyediakan PROFESIONAL muda yang dinamik dan berwawasan untuk membentuk komuniti kepimpinan dalam pelbagai bidang.

Matlamat

Objektif Utama

1

Menggilap dan memperkasa bakat kepimpinan Alumni MPP UiTM sepanjang masa.

2

Memajukan dan memupuk hubungan silaturahim serta mewujudkan sikap kerjasama demi kepentingan serta kebajikan berteraskan semangat setiakawan dalam kalangan Alumni MPP UiTM.

3

Membina imej Alumni MPP UiTM dalam menyumbang bakti kepada universiti, masyarakat dan negara melalui saluran yang lebih luas dan terbuka dalam menghadapi cabaran di alaf baru.

4

Memperkukuh hubungan sesama Alumni MPP UiTM melalui jaringan profesional, keusahawanan, industri, Kerajaan dan global untuk manfaat bersama.